Phone

+65 6338 3020

WhatsApp

+65 9852 5856

Contact & Location

We are here for you

1 Coleman Street, #10-13, The Adelphi Singapore 179803

+65 6338 3020

nmllc@nmlawcorp.com.sg

+65 9852 5856

Proses Perceraian di Singapura

Ringkasan umum mengenai proses perceraian Syariah di Singapura, merangkumi langkah utama daripada kaunseling perkahwinan dan pemfailan dokumen hingga mediasi, perbicaraan dan penyelesaian perceraian.
muslim-women-divorce-singapore

Ringkasan Umum : Proses Perceraian Syariah di Singapura

Di Singapura, perceraian orang Islam ditadbir oleh Administration of Muslim Law Act 1996 (AMLA) serta Muslim Marriage and Divorce Rules, dan terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Republik Singapura (Syariah Court of the Republic of Singapore (SYC)). Proses ini berbeza daripada perceraian sivil kerana penekanan diberikan kepada prospek perdamaian dan bimbingan kaunseling. Untuk memudahkan pembubaran perkahwinan Islam di Singapura dengan lancar, adalah penting untuk memahami proses yang diperlukan bagi membuat keputusan yang termaklum sebelum memulakan perceraian. Berikut adalah tinjauan ringkas mengenai proses perceraian Syariah di Singapura:

Ringkasan Proses:

  1. Pendaftaran untuk Program Kaunseling Perkahwinan
  2. Pengeluaran Emel Pre-OS
  3. Pemfailan dan Penyampaian Saman Pemula Perceraian
  4. Menghadiri Mediasi di SYC
    • 4a. Jika persetujuan dicapai bagi semua terma, satu Perintah Persetujuan (Consent Order) akan disediakan oleh mediator dan direkodkan di hadapan Presiden Mahkamah Syariah. Prosiding pun tamat.
    • 4b. Jika mediasi gagal, kes akan dipindahkan ke Persidangan Pra-Perbicaraan (PTC). Biasanya, kes ke PTC apabila terdapat isu yang dipertikaikan yang memerlukan pemfailan dokumen lanjut seperti Afidavit Keterangan Utama (AEIC). Pendaftar Mahkamah Syariah akan memberikan arahan untuk pemfailan dokumen tersebut.
  5. Menghadiri PTC
  6. Mematuhi arahan PTC
  7. Menghadiri Perbicaraan di SYC
  8. Pengeluaran Dekri dan Sijil Perceraian
  9. Rayuan kepada Lembaga Rayuan MUIS

1. Pendaftaran Program Kaunseling Perkahwinan

Sebelum memulakan sebarang prosiding di Mahkamah Syariah, syarat wajib dalam proses perceraian Syariah adalah pendaftaran dan kehadiran ke Program Kaunseling Perkahwinan (Marriage Counselling Programme (MCP)). Pendaftaran dimulakan melalui Portal Mahkamah Syariah (Syariah Court Portal (SYC Portal)), di mana pemohon perlu memasukkan butiran pihak-pihak terlibat dan memilih tarikh serta agensi untuk menjalankan MCP. Setelah pendaftaran berjaya, pemohon hendaklah memaklumkan kepada pasangan mengenai MCP tersebut dan hadir bersama pada tarikh dan tempat yang berkenaan.

2. Pengeluaran Emel Pre-OS

Budi bicara mengenai jumlah sesi kaunseling yang perlu dihadiri bergantung kepada kaunselor masing-masing. Semasa sesi kaunseling, pihak-pihak akan digalakkan untuk membincangkan isu rumah tangga dan meneroka potensi perdamaian. Sebaik sahaja kaunselor menentukan bahawa kaunseling tidak lagi diperlukan, pihak-pihak perlu membuat keputusan mengenai perkahwinan tersebut.

Jika satu atau kedua-dua pihak ingin meneruskan perceraian, emel Pre-OS akan dihantar kepada pemohon, menandakan tamatnya MCP. Dalam emel tersebut, ID kes akan diberikan untuk digunakan bagi memfailkan dokumen perceraian di Portal SYC selepas itu. Penting untuk diperhatikan bahawa pihak yang ingin meneruskan perceraian di Mahkamah Syariah wajib memfailkan dokumen yang diperlukan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kaunseling terakhir. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes ditutup secara automatik.

3. Pemfailan dan Penyampaian Saman Pemula Perceraian

Pihak yang memulakan perceraian akan dikenali sebagai Plaintif. Plaintif dikehendaki memfailkan dokumen berikut secara dalam talian melalui Portal SYC:

(a) Saman Pemula Perceraian (Originating Summons for Divorce);

(b) Pernyataan Kes (Case Statement);

(c) Pelan Penjagaan Anak yang Dipersetujui Plaintif (Agreed Parenting Plan) ATAU Cadangan Pelan Penjagaan Anak Plaintif (Plaintiff’s Proposed Parenting Plan) (hanya jika terdapat anak bawah umur dalam perkahwinan);

(d) Pelan Harta Sepencarian yang Dipersetujui Plaintif (Agreed Matrimonial Property Plan) ATAU Cadangan Pelan Harta Sepencarian Plaintif (Plaintiff’s Proposed Matrimonial Property Plan) dan Butiran Aturan Perumahan (Particulars for Arrangement for Housing) (hanya jika melibatkan Harta Sepencarian).

Setelah dokumen difailkan dan diterima oleh Mahkamah Syariah, Plaintif mesti menyampaikan dokumen perceraian tersebut kepada pasangan, yang akan dikenali sebagai Defendan. Tarikh mediasi juga akan diberikan oleh Mahkamah Syariah.

Setelah menerima dokumen Plaintif, Defendan dikehendaki memfailkan dokumen berikut melalui Portal SYC sebagai maklum balas:

(a) Memorandum Pembelaan (Memorandum of Defence);

(b) Persetujuan Defendan terhadap Cadangan Pelan Penjagaan Anak Plaintif (Defendant’s Agreement to Plaintiff’s Proposed Parenting Plan) ATAU Cadangan Pelan Penjagaan Anak Defendan (Defemdant’s Proposed Parenting Plan);

(c) Persetujuan Defendan terhadap Cadangan Pelan Harta Sepencarian Plaintif (Defendant’s Agreememt to Plaintiff’s Proposed Matrimonial Property Plan) ATAU Cadangan Pelan Harta Sepencarian Defendan (Defendant’s Proposed Matrimonial Property Plan).

Dokumen Defendan hendaklah difailkan dalam tempoh 21 hari selepas tarikh penyampaian dokumen Plaintif, melainkan diarahkan sebaliknya oleh Mahkamah. Setelah difailkan dan diterima, Defendan harus menyampaikan dokumen tersebut kepada Plaintif bagi memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk sesi Mediasi.
Borang-borang yang berkaitan boleh didapati di laman web Mahkamah Syariah.
https://syariahcourt.gov.sg/en/Resources/Forms

4. Menghadiri Mediasi di SYC

Mediasi adalah langkah wajib. Matlamat utamanya adalah untuk pihak-pihak mencapai penyelesaian secara baik dan memperoleh “perpisahan bersih” bagi mengelakkan permusuhan
lanjut. Pihak-pihak akan hadir di hadapan mediator yang dilantik mahkamah untuk membincangkan perceraian dan isu-isu sampingan (ancillary matters).

Perceraian Tidak Dipertikai: Jika persetujuan dicapai bagi semua terma, satu Perintah Persetujuan (Consent Order) akan disediakan oleh mediator dan direkodkan di hadapan Presiden Mahkamah Syariah. Prosiding pun tamat.

5. Menghadiri PTC

Perceraian Dipertikai: Jika mediasi gagal, kes akan dipindahkan ke Persidangan Pra-Perbicaraan (PTC). Biasanya, kes ke PTC apabila terdapat isu yang dipertikaikan yang memerlukan pemfailan dokumen lanjut seperti Afidavit Keterangan Utama (AEIC). Pendaftar Mahkamah Syariah akan memberikan arahan untuk pemfailan dokumen tersebut.

6. Mematuhi Arahan PTC

Adalah amat penting untuk mematuhi arahan Pendaftar supaya kes berjalan lancar. Sebarang ketidakpatuhan boleh melambatkan kes sehingga Pendaftar berpuas hati. Apabila kes sedia untuk dibicarakan, tarikh Perbicaraan akan diberikan.

7. Menghadiri Perbicaraan di SYC

Perbicaraan dijalankan di hadapan Presiden Mahkamah Syariah untuk mengadili kes tersebut. Mahkamah akan mendengar keterangan dan hujah kedua-dua pihak, dan membuat keputusan rasmi berdasarkan undang-undang.

Biasanya, keputusan dikeluarkan pada hari perbicaraan, melainkan Mahkamah memerlukan masa tambahan untuk meneliti bukti dan hujahan, di mana kes mungkin ditangguhkan ke tarikh lain untuk keputusan. Bagi kes melibatkan isu Hak Penjagaan, Jagaan dan Kawalan serta Akses anak yang dipertikaikan, Mahkamah boleh menangguhkan perbicaraan untuk mendapatkan Laporan Penilaian Hak Penjagaan anak.

8. Pengeluaran Dekri dan Sijil Perceraian

Akhir sekali, Mahkamah akan mengeluarkan penghakiman dan perintah mengenai semua perkara sampingan. Terma keputusan akan dinyatakan dalam perintah mahkamah yang dikenali sebagai Dekri. Sijil Perceraian akan diberikan kepada pihak-pihak setelah tempoh iddah bagi isteri tamat. Dengan ini, proses perceraian di Mahkamah Syariah selesai.

9. Rayuan kepada Lembaga Rayuan MUIS

Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah (sama ada oleh Pendaftar atau Presiden), mereka boleh memfailkan rayuan kepada Lembaga Rayuan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

  • Untuk rayuan terhadap arahan/perintah Pendaftar, Notis Rayuan mesti difailkan dalam masa 14 hari.
  • Untuk rayuan terhadap keputusan Presiden Mahkamah Syariah, Notis Rayuan mesti difailkan dalam masa 30 hari.

DISCLAIMER: THE INFORMATION CONTAINED WITHIN THIS WEBSITE CONTAINS GENERAL INFORMATION AND IS NOT INTENDED TO CONSTITUTE AS LEGAL ADVICE. PLEASE CONSULT OUR LAWYER FOR SPECIFIC REVIEW OF YOUR CASE AND ADVISE.

Picture of Netto & Magin LLC

Netto & Magin LLC

Netto & Magin LLC is a boutique law firm in Singapore, boasting over 50 years of proven experience. Our specialized expertise covers Family Law, Syariah Law, Corporate Law, Employment Law, Fraud, and Commercial and Civil Litigation. With a dedicated team of industry-leading experts located strategically in Singapore's central business district, we stand ready to serve as your trusted legal partner.

Contact us for a free consultation.

Share Now:

Would you like to speak with our experts?

Call us now! We are waiting to help you!

Our Guarantee

Why Choose Us

We are a boutique law firm with an eloquence of 8 lawyers, possessing more than 40 years of experience.

We act within the entirety of our abilities to better cater to the needs of our clients, in the same way that we understand that those needs may change over time. Trust us to ensure the utmost professionalism and exercise great care towards your unique legal desiderata.

years of experience
0 +
cases solved
0 +

Contact & Location

We are here for you

1 Coleman Street, #10-13, The Adelphi Singapore 179803

+65 6338 3020

nmllc@nmlawcorp.com.sg

+65 9852 5856